WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Tanda Penyusuan Ibu yang Betul

Sebelum Kak Rina meneruskan penulisan Kak Rina, Kak Rina ingin throwback lah post Kak Rina yang lepas iaitu mengenai Kebaikan Breastfeed Untuk Ibu. Pada post yang lepas, Kak Rina ada menerangkan mengenai manfaat-manfaat yang akan diterima oleh ibu jika meneruskan penyusuan kepada si comel sehingga berusia 2 tahun. Oleh itu, untuk maklumat atau penerangan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahsmiley

https://www.endoisayang.com/kebaikan-breastfeed-untuk-ibu

 

Seperti yang Puan-puan dapat lihat pada kedua-dua gambar di atas, sebelah kiri merupakan perlekapan bayi yang betul manakala sebelah kanan pula ialah perlekapan yang tidak tepat yang boleh mengundang kepada luka puting dan ibu merasa sakit sepanjang proses breastfeeding dan bayi pula tidak akan dapat jumlah susu yang mencukupi serta berasa tidak selesa. 

 

Mari Kak Rina kongsi cara perlekapan yang tepat supaya Puan-puan dapat breastfeed dengan baik dan si comel kenyang gembira! heart Perkara pertama, puting dan areola (tampuk hitam) diregang keluar membentuk "puting" panjang di dalam mulut bayi. Areola perlulah masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi supaya bayi tidak membuat hisapan melalui puting sahaja kerana hormon oksitosin terletak di bawah areola. Oleh itu, bayi akan lebih mudah mendapat susu. Jika mulut bayi terlalu kecil, pastikan lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi. Kedua, lidah bayi dijulur ke hadapan dan berada di atas gusi bawah. Ketiga, mulut bayi terbuka cukup luas untuk memasukkan sebahagian besar areola ke dalam mulut bayi manakala bibir bawah bayi melangkup keluar. Keempat, pastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu untuk memastikan skin-to-skin contact berjaya. 

 

Manakala jika bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu mulut bayi dalam keadaan tidak terbuka dengan luas, bibir bawah bayi tertarik ke dalam, dagu bayi jauh daripada payudara ibu dan lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi atau areola di atas dan bawah kelihatan banyak atau sama rata. Oleh itu, ibu boleh la menilai sendiri tanda perlekapan yang baik melalui cara hisapan dan cara perlekapan bayi pada payudara mengikut kepada apa yang telah Kak Rina terangkan. wink

 

Seterusnya, Kak Rina akan kongsi tanda-tanda bayi menghisap dengan berkesan. tanda yang pertama ialah, bayi menghisap dengan perlahan dan kadang kala bayi akan berhenti seketika. Tanda yang kedua, Puan boleh mendengar sendiri bayi menelan susu semasa breastfeeding untuk memastikan bayi sedang dalam keadaan yang baik. Ketiga, pipi bayi penuh/kembung dan tidak mencengkung ke dalam semasa penyusuan. Yang terakhir, bayi akan melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas kenyang dan bayi akan kelihatan puas. laugh

 

Untuk ringkasan kepada penulisan Kak Rina, Puan-puan boleh la melihat kepada nota comel di bawah. Semoga apa yang Kak Rina sampaikan dapat membantu puan dalam proses breastfeeding si comel wink Semoga bermanfaat!