WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Ragam Bayi Dalam Penyusuan Susu Ibu

Sebelum Kak Rina meneruskan penulisan Kak Rina, Kak Rina ingin throwback lah post Kak Rina yang lepas iaitu mengenai Tanda Perlekapan Yang Betul. Pada post yang lepas, Kak Rina ada menerangkan mengenai tanda-tanda perlekapan yang betul dan tanda tanda perlekapan yang salah beserta dengan gambar agar Puan-puan lebih jelas akan kondisi Puan dan bayi. Oleh itu, untuk maklumat atau penerangan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahsmiley

https://www.endoisayang.com/tanda-penyusuan-ibu-yang-betul

 

Untuk pengetahuan Puan-puan, bayi yang baru lahir akan aktif pada 2 jam yang pertama kelahirannya kemudian bayi akan tidur selama 16 sehingga 20jam dalam sehari. Oleh itu dalam jam yang pertama, ibu perlulah memberikan penyusuan sebelum bayi tidur agar bayi tidak lapar dan dapat tidur dengan baik. Selain itu untuk mengelakkan masalah penyusuan salah lekapan dan masalah penghasilan susu ibu yang lambat. Bayi akan mudah tertidur semasa penyusuan tetapi ini akan menyebabkan dia kerap ingin menyusu. Kekerapan bayi ingin menyusu ialah 10 hingga 12 kali sehari namun akan berubah mengikut peningkatan usia. Manakala tempoh penyusuan bayi pula selama 20 hingga 40 minit untuk satu sesi penyususan ibu. Oleh itu, jika bayi tertidur semasa penyusuan, tidak bermakna bayi telah kenyang dan puas menyusu. Puan-puan perlulah mengurut atau membelai badan, tapak kaki dan tangan bayi agar bayi terjaga dan meneruskan penyusuan.heart

 

Baiklah seterusnya Kak Rina akan kongsi tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi apabila mereka lapar dan perlu memulakan penyusuan dengan kadar  segara. Oleh itu, ibu perlulah sentiasa alert dengan keinginan dan cuba memahami ragam bayi masing-masing.enlightened 

 

enlightenedSatu tips buat para ibu, apabila bayi telah menangis dan merajuk elakkan memaksa bayi untuk memulakan penyusuan sebaliknya tenangkan bayi dahulu sebelum memulakan penyusuanenlightened

 

Sekarang Kak Rina kongsi pula tanda-tanda si comel telah kenyang dan puas menyusuheart