WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Piramid Makanan ibu

Sebelum Kak Rina meneruskan penulisan Kak Rina, Kak Rina ingin throwback lah post Kak Rina yang lepas iaitu mengenai Cara Mengatasi Masalah Payudara. Pada post yang lepas, Kak Rina ada menerangkan mengenai jenis-jenis penyakit yang sering dihidapi oleh Mommy di luar sana. Oleh itu, untuk maklumat atau penerangan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahsmiley

https://endoisayang.com/cara-mengatasi-masalah-payudara

 

Semua pasti sudah sedia maklum mengenai Piramid makanan bukan? Di mana kita telah pun belajar mengenainya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi hari ini, Kak Rina akan menerangkan mengenai Piramid Makanan yang berfokuskan para ibu yang menyusukan bayiheart Baiklah mari kita mulakan!

 

Aras 1

Antara makanan yang dikategorikan dalam Aras 1 ialah nasi, mi, roti, dan produk bijirin serta ubi-ubian. Aras 1 merupakan kumpulan makanan karbohidrat yang berfungsi untuk membekalkan vitamin, mineral, fiber dan protein kepada badan manusia. Selain itu, karbohidrat merupakan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang rendah jadi ia sangat bagus untuk badan manusia. Makanan yang mengandungi kandungan yang lemak yang tinggi tidak baik untuk badan manusia kerana akan menyebabkan obesiti, saluran darah tersumbat dan sakit jantung. 

 

Aras 2

Antara makanan yang di kategorikan dalam Aras 2 ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi membekalkan vitamin, mineral, dan serat kepada badan manusia. Kita digalakkan untuk makan sekurang-kurangnya satu sumber vitamin A dan Vitamin C sehari untuk memastikan badan mempunyai sumber vitamin yang mencukupi. Untuk pengetahuan Puan,  kandungan vitamin dan mineral dalam susu ibu adalah konsisten tanpa mengambil kira pemakanan ibu seharian tetapi sebaliknya kuantiti susu akan berkurangan jika pengambilan vitamin B tidak mencukupi dalam masa yang panjang. Apakah makanan yang mengandungi Vitamin B yang tinggi? Untuk mengetahuinya, Puan-puan perlulah meneruskan pembacaan wink Nutrien yang perlu diberi perhatian oleh ibu ialah nutrien zink, Vitamin D & Vitamin A. Hal ini demikian kerana, jika berlaku kekurangan dalam sesetengah nutrien tersebut dalam diet ibu, sumber nutiren dari simpanan/ badan ibu akan digunakan/ diserap ke dalam susu ibu seperti kalsium dan asid folik

 

Aras 3

Antara makanan yang di kategorikan dalam Aras 3 ialah ikan, daging, ayam, telur & kekacang. Selain itu, susu, keju dan yogurt juga terletak pada aras 3. Aras 3 mengandungi sumber protein yang tinggi dan baik serta kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Untuk pengetahuan puan-puan, kekacang adalah gantian yang baik bagi daging dan rendah lemak selain kaya dengan Vitamin B, serat dan magnesium.  Mari Kak Rina kongsikan fakta menarik kepada Puan-puan mengenai kumpulan makanan di Aras 3heart

 

Aras 4

Antara makanan yang di kategorikan dalam Aras 4 ialah lemak, minyak, gula & garam.  Aras 4 pula membekalkan 35% daripada jumlah keperluan tenaga manusia agar kekal aktif sepanjang hari. Oleh itu, Puan-puan perlulah bijak dalam pengambilan makanan supaya puan kekal bertenaga di samping menyusukan bayiheart