WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Perancang Keluarga dan Ubat-ubatan

Kak Rina nak berikan link untuk pos Kak Rina yang lepas di mana Kak Rina telah menerangkan mengenai Anatomi dan Fisiologi Penyusuan Susu Ibu. Kak Rina menerangkan mengenai hormon-hormon yang terlibat dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Kak Rina juga menerangkan mengenai protein yang berfungsi sebagai penghalang kepada penghasilan susu ibu. Oleh itu, untuk pembacaan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh lah klik pad link di bawah! wink

 

https://www.endoisayang.com/anatomi-dan-fisiologi-penyusuan-susu-ibu

 

Penyusuan yang eksklusif adalah ketika bayi baru lahir sehingga berumur 6 bulan. Dalam tempoh 6 bulan ini, Puan-puan digalakkan untuk menjaga kesihatan dan mengurangkan pengambilan ubat-ubatan ataupun jamu yang tidak tahu akan kesannya terhadap penyusuan bayi. Untuk pengetahuan Puan-puan, penyusuan ibu boleh melambatkan kesuburan dan kedatangan haid yang membantu dalam perancang keluarga secara natural. Kita juga digalakkan untuk menyusui bayi sehingga umurnya berusia 2 tahun. Perancangan keluarga amat penting bagi memastikan keluarga yang harmoni dan anak-anak mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian yang dapat membentuk kepada akhlak yang lebih mulia dan terjaga. 

 

Antara ubat perancang yang boleh diamalkan atau digunakan oleh Puan-puan ialah Lactation Amenorrhea method (LAM) pada 6 bulan yang pertama. LAM merupakan kaedah yang efektif sekiranya Puan-puan tidak datang haid semula, penyusuan ibu secara eksklusif dan bayi berumur kurang dari 6 bulan. Ataupun kaedah-kaedah yang lain iaitu Implanon, Injection Depovera iaitu suntikan di punggung untuk setiap 3 bulan, Intrauterine Devices atau Pil Perancang yang hanya mengandungi progestrone sahaja khas untuk Puan-puan yang breastfeed bayi. 

 

Sekiranya ibu jatuh sakit dan memerlukan pemakanan ubat-ubatan, minta nasihat atau saranan doktor sama-ada perlu menghentikan penyusuan bayi ataupun sebaliknya. Ubat-ubatan boleh meresap ke dalam salur darah ibu tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh masuk ke dalam susu ibu. Untuk pengetahuan Puan-puan, kebanyakan ubat-ubatan penyakit biasa adalah selamat untuk menyusukan bayi seperti Paracetamol, Ibuprofen, NSAIDS (Ubat demam & tahan sakit), Anthihistamine, Mucolytic Agent, Bronchodilator (Ubat selesema & Batuk), Antacid, Antidiarhoea, Probiotic (Ubat untuk sistem penghadaman), Vitamin, Antibiotic, Antifungal,Anti Cacing, Antivirus adalah selamat digunakan ketika penyusuan bayi. Sebaik-baiknya, beritahu doktor mengenai penyusuan bayi, oleh itu, doktor akan atur ubat-ubatan yang hanya boleh diambil oleh Puan-puan untuk membantu penyusuan bayi yang selamat. 

 

Sekian sahaja penulisan daripada Kak Rina pada kali ini heart