WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Kepentingan Nursing Bra

Assalamualaikum Puan-puan sekalian heart Apa khabar? Semoga di petang Sabtu ini, Puan-puan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tersayang. Kekal aktif dan ceria sepanjang hari! Yeah weekend dah tiba! Gunakan weekend anda dengan bijak dan luangkan masa bersama keluarga tersayang laugh  Kak Rina juga nak pesan supaya jangan lupa untuk singgah di kedai Kak Rina di Moms House Babyshop Sungai Buloh di Sri Pristana,Saujana Utama untuk mendapatkan barangan ibu dan barangan bayi dengan harga yang berpatutan dan menarik! Sebelum Kak Rina meneruskan tujuan utama Kak Rina menulis post pada hari ini, Kak Rina nak tanya, sudahkah Puan-puan membaca post Kak Rina yang sebelum ini? Kalau belum, Puan-puan boleh lah refer post Kak Rina di sini: 

 

Set Berpantang Serimama

https://www.hnsbaby.com/set-pantang-serimama

 

Untuk post Kak Rina yang lepas, Kak Rina telah menerangkan tentang Set Berpantang Serimama. Panjang lebar Kak Rina cerita mengenai harga, item yang termasuk di dalam set dan juga kebaikan-kebaikan setiap set yang available,  Selain itu, Kak Rina juga ada menerangkan mengenai item-item yang laku keras di kedai Kak Rina tau. Jadi kalau nak tahu item apa yang Kak Rina maksudkan boleh lah refer pada link yang telah Kak Rina berikan diatas heart Untuk post pada hari ini, Kak Rina akan menerangkan mengenai Kepentingan Nursing Bra dan akan memberikan design-design yang available di kedai Kak Rina. wink

 

Jadi, Kak Rina akan beritahu apakah itu nursing bra. Nursing Bra amat penting untuk ibu yang menyusukan anak menggunakan susu badan kerana dapat memudahkan proses penyusuan supaya ibu dan bayi berasa selesa. Nursing bra berlainan sedikit dari bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. Klip bukaan bertujuan supaya si ibu yang menyusui bayi tidak perlu menanggalkan bra terutama semasa berada di tempat awam. Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada si ibu terutama apabila menyusui bayi di tempat awam seperti di kenduri, shopping mall ataupon di dalam hospital. 

 

Kak Rina ada pelbagai jenis nursing bra iaitu jenis wired dan non-wired juga half cup dan full cup. Jenis nursing bra di kedai Kak Rina adalah sejenis standard cup. Jadi Puan-puan akan berasa selesa. Untuk pembelian secara walk-in, kak Rina sediakan fitting room khas untuk Puan-puan mencuba sendiri nursing bra yang dipilih dan untuk pembelian secara online pula, Puan-puan dibolehkan untuk menukar saiz jika tidak fit tetapi pembayaran postage adalah diatas tanggungjawab puan sendiri heart 

 

Nursing Bra di kedai Rina ada size daripada 34 sehingga 42. Harga Nursing Bra di kedai Kak Rina adalah RM35 sahaja. Tetapi Kak Rina ada harga promosi yang sangat menarik buat puan-puan semua iaitu jika Puan beli 4pcs Nursing Bra puan akan dapat harga RM80 sahaja!wink Bagus dan berbaloi kan? di bawah Kak Rina berikan gambar-gambar design yang available di kedai Kak Rina dan juga video mengenai jenis-jenis Nursing Bra di kedai Kak Rinalaugh

 

 

Jadi untuk pembelian atau pun untuk melihat barang-barangan yang lain, puan-puan boleh lah refer di www.hnsbaby.com atau pun  singgah di kedai Kak Rina iaitu di Mom’s House Baby Shop Sungai Buloh yang terletak di Sri Pristana, Saujana Utama. Kak Rina buka kedai setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam.  Selain itu, boleh juga melihat barangan yang di jual di kedai Kak Rina di Instagram @tootsiejoycollection / @momshouse.sungaibuloh dan Facebook Page official Tootsie Joy Collection dan Moms House Babyshop Sungai Buloh juga boleh terus menghubungi Kak Rina di talian +60183568681. Terima Kasih! heart