WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Kebaikan Breastfeeding untuk Ibu

Sebelum Kak Rina meneruskan penulisan Kak Rina, Kak Rina ingin throwback lah post Kak Rina yang lepas iaitu mengenai Perancang keluarga & Ubat-ubatan. Pada post yang lepas, Kak Rina ada menerangkan mengenai ubat-ubatan yang selamat diambil oleh ibu yang breastfeed bayi. Oleh itu, untuk maklumat atau penerangan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahsmiley

https://endoisayang.com/perancang-keluarga-dan-ubat-ubatan

 

Baiklah, sekarang Kak Rina akan terus ke tajuk utama Kak Rina iaitu Kebaikan Breastfeed Kepada Ibu. 

1. Breastfeed dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari. Untuk pengetahuan puan-puan, semakin panjang tempoh penyusuan bayi, semakin tinggi perlindungan daripada kanser payudara. Tempoh penyusuan bayi bermaksud penyusuan secara eksklusif iaitu selepas lahir sehingga berusia 6 bulan dan berpanjangan sehingga bayi telah mencecah umur 2 tahun.

 

2. Breastfeed dapat mengurangkan risiko kerapuhan tulang pinggul di kemudian hari dan membantu dalam proses pemulihan fizikal yang cepat selepas bersalin.

 

3. Breastfeed dapat mengurangkan tekanan perasaan atau mengurangkan masalah 'gila meroyan'  selepas bersalin. Ini disebabkan oleh jalinan kasih sayang antara ibu dan anak yang erat timbul melalui breastfeed. 

 

4. Breastfeed dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman. Selain itu, breastfeed dapat menjurus kepada perancang keluarga yang natural kerana pengecutan rahim dan kurang risiko pendarahan. Melalui perancang keluarga secara natural, ia dapat membantu dalam menjarakkan kelahiran. 

 

5. Dan akhir sekali, breastfeed dapat menjimatkan masa kerana ia mudah dan tidak memerlukan persediaan. Juga, menjimatkan wang kerana Puan tidak perlu beli susu formula, susu lembu mahupun susu kambing dalam tempoh 2 tahun kelahiran jika bergantung hanya kepada penyusuan susu ibu. Mari Kak Rina kongsikan perbezaan antara susu ibu dan susu haiwan supaya Puan lebih jelas mengenai nutrisi susu ibu yang merupakan susu yang terbaik

 

Sebelum kak Rina mengakhiri penulisan kak Rina, Kak Rina ingin berkongsi satu fakta mengenai susu ibu yang sangat menarik! 

 

Untuk ringkasan kepada penulisan Kak Rina, Puan-puan boleh la melihat kepada nota comel di bawah. Semoga apa yang Kak Rina sampaikan dapat membuka hati Puan-puan untuk meneruskan breastfeed sehingga bayi berusia 2 tahun kerana manfaat yang sangat hebat menanti si ibu dan si comel wink Semoga bermanfaat!