WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Cara Peyimpanan Susu Perahan

Assalamualaikum wbt. Apa khabar kesayangan Kak Rina sekalian heart Kita bertemu lagi di post Kak Rina yang seterusnya. Harapnya dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang. Mulakan hari anda dengan senyuman dan rasa syukur yang tinggi untuk mendapatkan aura postif sepanjang harismiley Jadi, hari ini Kak Rina ingin berkongsi sedikit informasi mengenai Cara Menyimpan Susu Perahan. Haaa bagaimana? teruja tak? kerana Kak Rina sangat teruja untuk berkongsi ilmu bersama Puan sekalian!

 

Ingat tak post Kak Rina yang sebelum ni mengenai tips-tips berpantang? Kalau para ibu sekalian terlepas info Kak Rina sebelum ini.

 

Boleh refer info tips berpantang di: 

https://www.hnsbaby.com/tips-berpantang 

 

Jadi hari ini Kak Rina akan kongsi tips-tips mengenai cara penyimpanan susu perahan buat para ibu di luar sana. Kemudian Kak Rina akan terangkan serba sedikit tentang barangan penjagaan susu perahan yang terdapat di kedai Kak Rina iaitu di MOM’S HOUSE BABY SHOP yang terletak di Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh atau para ibu boleh juga melihat barang-barang yang dijual di website official iaitu www.hnsbaby.com atau di Instagram official Kak Rina iaitu @tootsiejoycollection dan Facebook Page official Moms House Babyshop Sungai Buloh juga boleh terus menghubungi Kak Rina di talian +60183568681

 

Seperti yang kita sedia maklum, para ibu perlulah mengepam susu badan supaya breast tidak membengkak dan merasa sakit. Terdapat banyak cara mengepam susu samada menggunakan electric breastpump ataupun secara manual. Oleh itu, Puan-puan perlulah sedia maklum tentang cara penjagaan susu perahan supaya susu tidak rosak dan tahan lama serta tidak memudaratkan bayi. Jadi, mari Kak Rina terangkan Panduan Am Cara Penyimpanan Susu Perahanheart

 

1. Bekas penyimpanan susu mestilah bersih dan steril.

Kebersihan amat penting untuk dipelihara supaya susu tahan lama dan kuman dapat dihapuskan dan bayi anda tidak dijangkiti penyakit. Apakah yang dimaksudkan dengan steril? steril bermaksud bebas dari kuman dan hama. Oleh itu, Puan-puan perlulah memastikan bahawa bekas penyimpanan susu perahan dalam keadaan bersih dan steril supaya bayi anda mendapat susu yang dalam keadaan baik dan berkhasiat.

 

2. Simpan di dalam peti sejuk.

Sebenarnya, susu perahan bertahan dalam masa yang singkat atau lama bergantung kepada bagaimana cara Puan sekalian perah dan di mana tempat susu disimpan. Pada kebiasaannya, susu ibu tetap segar dalam suhu bilik selama tiga hingga empat jam dalam masa sehari. Tetapi, jika disejukkan di dalam peti sejuk, ia dapat bertahan selama tiga hingga lima hari. Manakala jika susu perahan dibekukan, ia dapat bertahan selama tiga hingga enam bulan. 

 

Walau bagaimamapun, Puan-puan disarankan supaya merasa terlebih dahulu susu tersebut sebelum diberi kepada bayi anda. Jika ia rasa masam, kemungkinn susu tersebut telah rosak dan tidak elok untuk bayi anda. Oleh itu, Puan sekalian perlulah berhati-hati dan mengambil serius akan penjagaan susu perahan untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman.

 

3. Tinggalkan sedikit ruang didalam bekas penyimpanan susu perahan.

Jadi, apakah fungsi meninggalkan sedikit ruang di dalam bekas penyimpanan susu perahan? Haaa.. mari Kak Rina bagitau fungsinya. Fungsinya ialah untuk membenarkan proses pengembangan susu perahan tersebut ketika susu dibekukan.

 

4. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.

Ibu sekalian perlulah bijak dalam menyukat kuantiti susu perahan dalam satu bekas penyimpanan agar dapat digunakan untuk sekali penyusuan. Hal ini kerana supaya ibu sekalian dapat mengamalkan konsep FIFO iaitu First In First Out untuk mengelakkan susu perahan yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Selain itu, untuk mengelakkan pembaziran  dan para ibu juga disarankan supaya sentiasa menggunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu.

 

5. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula pemerahan.

Labelling pada bekas penyimpanan susu perahan amat penting supaya ibu dapat mengira jarak masa pemerahan dan penggunaan supaya dapat menjangka sama ada susu perahan masih elok digunakan lagi atau pun sebaliknya. 

 

Jadi itulah 5 point yang penting yang perlu dilakukan oleh Puan sekalian untuk menjaga kualiti susu perahan dan memberikan yang terbaik buat si comel anda heart NEXT! macam biasa, Kak Rina akan memperkenalkan tiga produk daripada kedai Kak Rina yang berkaitan dengan penyimpanan susu perahan si ibu buat si comel wink Buat pengetahuan ibu sekalian, produk yang Kak Rina selalu perkenalkan adalah produk yang laris di pasaran yang menjadi pilihan para ibu diluar sana tau! Jadi produk- produk yang ingin Kak rina perkenalkan atau ketengahkan ialah..

 

1. Autumnz Breastmilk Storage Bottles

Di dalam item ini terdapat 4 botol penyimpanan susu perahan. Harga item ini hanyalah RM18.50 sahaja heart

 

2. Autumnz Premium Contoured Ice brick

Ice brick ini digunakan untuk menyejukkan susu perahan apabila berada di luar rumah. Cara penggunaannya, Puan-puan pelulah mengisi air di dalam ice brick tersebut. Tetapi perlu diingatkan bahawa, masukkan air separuh sahaja. Kemudian, kandungan di dalam ice brick ini akan bertukar menjadi gel yang dapat menyejukkan botol susu perahan dan dapat bertahan dalam tempoh yang panjang. Tetapi sebelum sedia digunakan, puan-puan perlulah menyimpan ice brick ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.Selepas penggunaan, jika Ice brick sudah tidak sejuk, masukkan semula ke dalam peti sejuk. 

 

Harga item ini ialah RM15.00 sahaja heart 

 

3. Autumnz 2-in-1 electric steriliser & food steamer

Dengan berharga RM155.90 sahaja, puan akan dapatkan steril botol susu atau bekas penyimpanan susu perahan yang jenis botol dan juga food steamer. Haa.. bagaimana? berbaloi kan? dengan adanya item ini, puan tidak lagi perlu risau akan tahap kebersihan botol susu dan botol penyimpanan susu perahan kerana dijamin item ini bagus! 

 

Cara pemasangan dan penggunaannya juga sangat mudah di mana, Puan hanya perlu menambahkan air kemudian memasukkan peralatakan atau makanan sebelum switch on. Item ini juga mempunyai warranty selama setahun tau! wink

 

Maka, sekian sahaja info-info menarik daripada Kak Rina. Kak Rina berharap dapat memberi info-info yang baru dan berguna buat para ibu di luar sana dan jangan lupa untuk singgah di kedai Kak Rina iaitu di Mom’s House Baby Shop yang terletak di Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh atau layari website official Kak Rina iaitu www.hnsbaby.com atau di Instagram dan Facebook Page official @tootsiejoycollection dan Moms House Babyshop Sungai Buloh juga boleh terus menghubungi Kak Rina di talian +60183568681 wink Terima Kasih!