WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Cara Mengatasi Masalah Payudara

Sebelum Kak Rina meneruskan penulisan Kak Rina, Kak Rina ingin throwback lah post Kak Rina yang lepas iaitu mengenai Ragam Bayi Dalam Penyusuan Susu Ibu. Pada post yang lepas, Kak Rina ada menerangkan mengenai tanda-tanda bayi lapar dan tanda-tanda bayi kenyang. Oleh itu, untuk maklumat atau penerangan yang lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahsmiley

https://www.endoisayang.com/ragam-bayi-dalam-penyusuan-susu-ibu

 

1. Payudara bengkak

Gejala yang akan Puan hadapi apabila mengalami payudara bengkak ialah terasa sakit di bahagian payudara, payudara kelihatan berkilat dan bengkak (terlalu penuh - susu, cecair tisu, darah), payudara kelihatan kemerahan, puting pula menjadi tegang dan leper, susu tidak mengalir dan akhir sekali demam dalam masa 24 jamenlightened. Payudara bengkak berpunca daripada lewat dalam memulakan penyusuan selepas bersalin, perlekapan yang salah, pengeluaran susu yang tidak kerap, dan menghadkan tempoh penyusuanenlightened. Dalam waktu itu, Puan perlulah sentiasa bertenang dan mengambil inisiatif yang dapat meredakan kesakitan. Mari Kak Rina kongsi inisiatif yang dapat membantu merawat bengkak payudara wink

 

2. Mastitis

Gejala yang akan berlaku kepada ibu ialah ibu akan berasa sakit pada bahagian payudara sehingga demam, sebahagian daripada payudara menjadi bengkak, keras dan merah. Ramai yang dikelirukan dengan beranggapan ibu menghidapi payudara bengkak kerana tidak tahu akan gejala-gejala terhadap kedua-duanya. Untuk pengetahuan Puan, bengkak payudara berlaku pada keseluruhan payudara dan pada kebiasaannya bengkak payudara berlaku pada kedua-dua belah payudara tetapi Mastitis berlaku pada sebahagian payudara dan selalunya sebelah sahajaenlightened Mastitis boleh berpunca daripada payudara yang bengkak atau akibat daripada saluran tersumbat enlightened

 

3. Abses Payudara

Abses payudara ialah pengumpulan nanah di bahagian payudara. Gejala yang berlaku ialah payudara akan menjadi bengkak yang menyakitkan dan terasa penuh dengan cecair. Kaedah perawatan Abses payudara ialah melalui torehan atau surgikal. Walaubagaimanapun, bayi tetap masih boleh menyusu kerana ia tidak berbahaya kepada bayi tetapi ibu akan berasa sakit. Pengurusan Mastitis yang baik akan mengelak daripada berlakunya Abses payudara. enlightened 

 

4. Puting Merekah

Rekahan pada puting berlaku apabila posisi dan pelekapan yang salah atau tidak tepatenlightened. Untuk mengetahui posisi breastfeeding yang betul, Puan-puan boleh lah refer pada post Kak Rina yang terdahulu di link ini, Posisi Breastfeeding  heart Manakala untuk lekapan yang tepat pula Puan-puan boleh refer pada link ini, Tanda Peyusuan Ibu Yang Betul heart Semoga bermanfaat!

 

 

5. Jangkitan Candida

Jangkitan Candida/Seriawan berlaku disebabkan oleh sejenis yis bernama Candida Albicans. Jangkitan Candida berlaku kepada puting ibu melalui penyusuan bayi yang dijangkiti. Bayi dijangkiti melalui saluran peranakan di mana vagina ibu telah dijangkiti kuman. Tanda- tanda bayi menghidapi Seriawan ialah terdapat tompok- tompok putih dalam pipi, atas lidah atau ruam pada punggung. Antara Simptom yang bakal dihidapi ibu ialah, puting akan berasa sangat sakit dan gatal, terdapat kawasan kulit merah, berkilat dan menggelupas pada puting dan areola, Puting dan areola akan kehilangan sedikit pigmentasi, dan rasa terbakar dan mencucuk-cucuk yang berterusan selepas penyusuan.