WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Breastfeeding Merupakan Sunnah

Seperti kebiasaannya, sebelum Kak Rina ke tajuk utama Kak Rina pada hari ini, Kak Rina nak throwback sedikit mengenai pos Kak Rina yang lepas iaitu Puting Rata dan Tenggelam. Jadi, untuk pos Kak Rina yang lepas, Kak Rina telah menerangkan cara-cara mengatasi masalah puting rata, puting tenggelam dan puting besar & panjang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Puan-puan boleh refer pada link yang telah Kak Rina sertakan di bawahwink

 

Puting Rata dan Tenggelam

https://www.endoisayang.com/-puting-rata-dan-tenggelam

 

"Let's breastfeed,breastfeed itu Sunnah"

 

Baiklah, mari kita terus ke tajuk utama kita pada hari inienlightened  Jadi tajuk kita pada satu Ramadhan ini ialah Breastfeed Merupakan Sunnah. Tak kiralah walau terdapat pelbagai jenis susu dengan pelbagai jenama, susu ibu tetap yang terbaik dan yang paling kaya dengan nutirisi. Tahukah puan-puan? sebelum menempuh alam dunia, anak kita berada di satu tempat yang penuh dengan kasih sayang iaitu alam rahim. Di alam rahim, anak dan ibu menjadi satu. Apa yang dimakan oleh ibu, itu jugalah yang menjadi makanan kepada bayi. Ibu dan bayi berkongsi deria melalui satu pertalian ajaib dicipta Allah yang dipanggil sebagai tali pusat. Selepas lahir ke dunia,  anak dan ibu dipisahkan secara zahir tetapi masih bertaut melalui kaedah penyusuan ibu. Anak kecil yang menangis terus tenang berada di dalam dakapan sang ibu. Anak kecil yang lapar terus kenyang mendapat aliran susu ibu yang penuh barakah itu. Begitu istimewanya pertalian antara sang ibu dan anak. heart

 

Saidina Anas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW  bersabda: " Seseorang yang menyintai sunnahku adalah menyintaiku dan ia akan berada di dalam syurga bersamaku." (Hadis Riwayat Tirmizi)

 

Penyusuan ibu merupakan salah satu usaha kita mentarbiyah dan membentuk akhlak anak-anak seawal usia 2 tahun agar mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang, perhatian dan keselamatan oleh kedua ibu dan bapa. Pada bulan Ramadhan yang barakah ini, setiap amalan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Oleh itu, jangan pernah terfikir untuk menghentikan breastfeed ketika bulan Ramadhan! Jika Puan-puan berasa takut tidak cukup bertenaga atau susu badan berkurangan di bulan Ramadhan, terdapat pelbagai solusi terhadap masalah-masalah berikutwink Bak kata pepatah Melayu, Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.enlightened 

 

Rasa manis dan suam susu ibu,

Setiap hisapan dan tegukan di payudara ibu,

Kehangatan pelukan ibu dan belaian ibu,

Menjadikan bayi lebih bahagia dan membesar dengan sihat!

Sekian sahaja coretan Kak Rina pada kali ini  heart