WEBSITE LAUNCHING - BE OUR FIRST 50 CUSTOMERS AND GET MYSTERY GIFT FROM US
Puting Rata dan Tenggelam

Assalamualaikum and hi to all my beloved readers especially to parents who just face a newborn experience. CONGRATULATION FOR HAVING A BABY! May you have a very good day today! And may Allah bless you and your wonderful family heart

 

Okay, sebelum Kak Rina terus ke tajuk utama, Kak Rina nak berikan link untuk post Kak Rina yang lepas kerana mungkin dapat memberikan manfaat dan ilmu tambahan kepada Puan-puan. Jadi, pada post Kak Rina yang lepas, Kak Rina telah menerangkan mengenai DIRECT FEED. Post Kak Rina yang sebelum ini adalah mengenai bagaimana caranya untuk bayi kembali breastfeed setelah menyusu dengan bantuan botol selama beberapa bulan. Oleh itu, Kak Rina berharap, melalui pembacaan Puan-puan di blog Kak Rina ini dapat memberikan tips-tips yang berguna buat Puan-puan sekalianwinkwinkwink

 

DIRECT FEED

https://www.endoisayang.com/direct-feed

 

Okay mari kita terus ke tajuk utama iaitu jenis-jenis puting. Pasti puan-puan sedang berhadapan dengan masalah sama ada puting rata, puting tenggelam ataupun puting panjang dan besar kan? Baik lah jangan risau, hari ini Kak Rina akan memberikan tips bagaimana untuk menyusukan bayi untuk ketiga-tiga jenis puting ini. Untuk pengetahuan puan-puan sekalian, jenis puting rata dan puting tenggelam lebih mudah untuk menyusukan bayi berbanding puting yang besar dan panjang. Nak tahu mengapa? Teruskan pembacaan anda! winkwinkwink

 

PUTING RATA

Seperti yang kita ketahui, puting dan payudara ibu akan mengalami perubahan selepas hamil dan melahirkan anak. Pada kebiasaannya, puting ibu akan menjadi lebih elastik dan panjang untuk memudahkan proses penyusuan bayi. Oleh itu, rawatan yang dapat diberikan untuk puting jenis rata ialah ibu perlulah menggunakan cangkerang payudara di trimester yang terakhir iaitu pada bulan ke-8 dan keatas selama beberapa jam sahaja untuk sehari bertujuan membantu mengeluarkan puting. Tetapi, walaupun mempunyai puting yang rata, bayi masih boleh menyusu dengan baik jika mempunyai lekapan yang tepat. Untuk mengetahui tanda lekapan yang tepat Puan-puan boleh refer pada gambar di bawah smileysmileysmiley

 

PUTING TENGGELAM 

Bagi puting jenis tenggelam juga perlu menggunakan cangkerang payudara selama beberapa jam sehari pada trimester yang terakhir untuk mengeluarkan puting yang tenggelam. 

 

PUTING PANJANG DAN BESAR

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang mempunyai puting yang panjang dan besar ialah bayi menyusu melalui puting sahaja yang menyebabkan ibu berasa sakit sepanjang proses breastfeeding dan puting akan terluka. Selain itu, bayi sukar untuk merangkum keseluruhan kawasan aerola ibu. Jadi, jalan penyelesaian yang Kak Rina ingin ketengahkan ialah ibu perlulah bersedia dengan posisi breastfeeding yang baik. Posisi breastfeeding yang disarankan ialah posisi mendakap dan posisi silang buai. Jika bayi kelihatan seperti mahu muntah, hentikan breastfeeding dan menyusu bayi melalui cawan kemudian mencuba semula breastfeed bayi anda. Tetapi, Puan-puan tidak perlu terlalu risau dan takut kerana bayi membesar dengan cepat begitu juga keupayaannya untuk membuka mulut dengan lebih luas. Mungkin pada awal penyusuan, ibu akan mengalami luka puting tetapi jika dipraktiskan dengan posisi dan lekapan yang tepat, Puan-puan mampu mengatasi masalah ini. heartheartheart

 

Sekian sahaja penulisan Kak Rina pada kali ini. laughJangan lupa untuk singgah di kedai Kak Rina iaitu di Mom’s House Baby Shop Sungai Buloh yang terletak di Sri Pristana, Saujana Utama. Kak Rina buka kedai setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam.  Selain itu, boleh juga melihat barangan yang di jual di kedai Kak Rina di Instagram @tootsiejoycollection / @momshouse.sungaibuloh dan Facebook Page official Tootsie Joy Collection dan Moms House Babyshop Sungai Buloh juga boleh terus menghubungi Kak Rina di talian +60183568681. Terima Kasih! heart